Ramai pemerhati politik di Malaysia sebelum ini sukar mempercayai berhubung dengan satu teori, iaitu TEORI RAHMAN yang dikaitkan dengan siapa akan menjadi Perdana Menteri Malaysia dan pemimpin utama politik Negara selepas merdeka. Untuk rekod, teori ini dikatakan bermula selepas Tunku Abdul Rahman mewakili ‘R’ menjadi Perdana Menteri yang pertama dan kemudiannya Tun Abdul Razak mewakili ‘A’ pula dipilih menjadi Pedana Menteri Kedua. Seterusnya digantikan dengan huruf ‘H’ oleh Tun Hussein Onn walaupun Tun Dr. Ismail pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Razak tetapi meninggal dunia lebih awal. Semasa Tun Hussein menjadi Perdana Menteri, beberapa nama selain huruf ‘M’ Tun Dr. Mahathir disebut-sebut layak menjadi timbalan atau pengganti kepada Hussein seperti Tan Sri Ghazali Shafie (King Ghaz), Tun Ghaffar Baba dan Tan Sri Razaligh Hamzah (Ku Li). Begitu juga semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, nama juga Tun Musa Hitam muncul untuk menjadi penggantinya tetapi tidak kesampaian. Selepas Musa Hitam mengundur diri, tiga orang yang bermula huruf ‘A’ menjadi timbalannya bermula dengan Tun Abdul Ghaffar Baba, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan akhirnya Tun Abdullah Ahmad Badawi berjaya menjadi pengganti kepada Mahathir bagi mengisi huruf ‘A’. Beberapa nama yang mungkin layak untuk menjadi Perdana Menteri seperti Tun Dr. Ismail, Musa Hitam, King Ghaz dan Ku Li terlepas peluang menjadi Perdana Menteri kerana tidak secocok dengan Teori RAHMAN. Sama ada secara kebetulan ataupun tidak, pencipta teori RAHMAN berjaya dibuktikan selepas Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri sejak April, 2009 yang lepas.
1. Tunku Abdul Rahman
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

2. Tun Abdul Razak
Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".

3. Tun Hussein Onn
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakanPerdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapaiperpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

4. Tun Dr. Mahathir
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 20 Disember1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahanorang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalismeautokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.
5. Tun Abdullah Ahmad Badawi
Yang Amat Berhormat Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas PresidenUMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).[1]

Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.
6. Dato’ Seri Najib Tun Razak
YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7.

2 comments:
Selepas teori RAHMAN maka akan bermulalah Teori baru iaitu RAHIM. Ini ada kesenambungan dengan BASMALH... RAHMAN & RAHIM... dan yang mungkin pastinya M terakhir pada teori RAHIM adalah MAHDI... Akhir zaman........
karut...
Post a Comment